Home Pilihanraya Umum Ke 13
Pilihanraya Umum Ke 13
Mahfuz: Kedah pun boleh panggil PRU asing PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 18 September 2012 14:49

 

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan satu isu besar jika Kedah tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti negeri Selangor jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu kos akan meningkat, sehingga lebih RM80 juta seperti didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tindakan itu diperuntukkan oleh undang-undang.

"Kalau negeri Sarawak boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" kata beliau ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan sama ada mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat.

Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih.

Read more...
 
Guan Eng beri petua perubahan Sabah PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 18 September 2012 11:00

 

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER: DAP menawarkan enam perubahan asas untuk Sabah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke 49 supaya negeri itu tidak lagi kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia, malah menjadi negeri paling kaya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan enam asas itu dalam perutusan Hari Malaysia beliau. Enam perubahan asas yang disebutkan Guan Eng ialah:

Royalti minyak yang lebih saksama dengan peningkatan daripada 5% kepada 20% untuk menyelesaikan masalah-masalah lama yang berkaitan dengan ekonomi, peindidikan dan pembasmian kemiskinan;


Menaik taraf infrastruktur jalan raya yang memalukan serta menaik taraf pelabuhan-pelabuhan serta lapangan-lapangan terbang sedia ada;


Memastikan bekalan air dan elektrik yang cukup dan tidak diganggu. Memasang wifi percuma di tempat-tempat awam serta menyediakan capaian internet untuk semua;

Read more...
 
Kerusi Parlimen Gopeng Kekal Ditandingi Calon BN - Zambry PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by admin   
Monday, 17 September 2012 20:43

 

IPOH: Barisan Nasional (BN) negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.

"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng di sini, Isnin.

Berdasarkan kaji selidik dan pelbagai program melibatkan rakyat serta semangat kesepaduan antara komponen BN terutama Umno di Gopeng, BN yakin kerusi itu boleh dirampas semula daripada pembangkang, katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.

Read more...
 
Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 17 September 2012 15:00

 

KOTA KINABALU: PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

Read more...
 
Sarawak promises Najib mandate to continue to lead the nation PDF Print E-mail
Written by admin   
Sunday, 16 September 2012 13:27

 

SIBU: The Sarawak government wants to see Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to continue leading the country after the 13th general election.

Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud said the Sarawak Barisan Nasional (BN) would deliver the mandate so that the prime minister could further develop the state and bring continued prosperity to the people.

He said this at a dinner attended by Najib, his wife Datin Seri Rosmah Mansor and over 500 longhouse chiefs and community leaders from the Sibu, Lanang and Sarikei parliamentary constituencies and BN elected representatives here last night.

Najib, accompanied by Rosmah, is here for a two-day visit and will also visit Bintulu today to officiate at the national-level Hari Malaysia hosted by the state and held in Bintulu at its old airport site in the evening.

Taib, who is also the State BN chairman, said the state was very confident of winning the coming parliamentary election.

Read more...
 
«StartPrev41424344454647484950NextEnd»

Page 45 of 93
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline