Home PRK KERDAU / MERLIMAU
PRK KERDAU / MERLIMAU
12 Sami Bersembahyang Hajat Bagi Membantu Kemenangan Calon PAS di N.28 Kerdau PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Thursday, 03 March 2011 17:41

 

Kerdau 3 Feb 2011 - Tuan Ibrahim Tuan Man, pengarah jentera pilihanraya kecil N.28 Kerdau melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan pengundi kepada calon PAS dalam siri pilihanraya kecil di sini setelah mendapat suntikan semangat dari kemasukkan bekas pengasas dan ketua UMNO cawangan Jengka 25.

Kelmarin, Muzamil Mualip yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 bekas ahli UMNO sepakat meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Tindakan tersebut dilihat sebagai satu tamparan kepada UMNO umumnya dan seterusnya jentera UMNO bagi pilihanraya kecil N.28 Kerdau khususnya, yang megah menyatakan bahawa kawasan Felda merupakan kubu kuat UMNO.

Terdahulu, Tuan Ibrahim bersama Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak telah bersama-sama Persatuan Hindu Sanggam Melaka yang menzahirkan sokongan padu kepada calon PAS di kedua-dua kawasan iaitu N.27 Merlimau dan N.28 Kerdau di mana 12 sami telah diterbangkan khas dari Chennai India dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang diketuai oleh timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam untuk melakukan upacara sembahyang khas (hajat) dari pukul 4.00 petang kelmarin hingga awal 5.00 pagi tadi bagi mendapatkan keberkatan dan seterusnya memperolehi kemenangan mengikut kepercayaan kaum Hindu.

Apabila disoal tentang undi pos yang selamat dilakukan oleh lebih kurang 36 pengundi berdaftar, Tuan Ibrahim berkata bahawa sehingga ketika ini, PAS mahupun pakatan rakyat tidak percaya kepada undi pos dan mahukan ia dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Mereka mahukan supaya undi pos lebih telus dan satu mekanisme hendaklah diperkenalkan supaya ia tidak dimanipulasikan oleh kerajaan sedia ada.

Tuan Ibrahim walaubagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak (BN dan PAS) kerana sepanjang tempoh kempen berlangsung, tiada kejadian ganas yang tidak diingini berlaku dan masing-masing telah berkempen secara berhemah.

Last Updated on Saturday, 31 December 2011 13:51
 
DS Zahid Hamidi - Kerdau PDF Print E-mail
Thursday, 03 March 2011 00:22

Jadual Lawatan DS Zahid Hamidi ke  Kerdau pada ( 03.03.2011) hari Khamis.

 

3.00 Petang : Majlis Perjumpaan bersama vateran ATM dan keluarga di dataran Ketumbit Kerdau.

5.00 petang : Lawatan ke Command Centre BN di Dataran Ketumbit, Kerdau.

9.00 malam : Ceramah kempen PRK Kerdau, PU Teluk Sentang, Kerdau.

http://penaksj.wordpress.com/

 

Terkini dari Kritis - Online. com

-KSJ-

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:31
 
Durian Runtuh Untuk Felda PDF Print E-mail
Written by admin2   
Wednesday, 02 March 2011 16:34

 

2 Mac 2011,TEMERLOH Teh Tarik Bersama Yb melaporkan: Seramai 443 peneroka di Felda Jengka 23 dekat sini hari ini, menerima durian runtuh apabila kerajaan meluluskan rayuan mereka untuk menerima Skim Insentif Tanam Semula Sawit bernilai RM1,000 sehektar setiap peneroka.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kelulusan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam dalam satu perbincangan bersamanya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.. Kemudian beliau (Perdana Menteri) meluluskannya," Katanya, dengan keputusan itu, setiap peneroka terbabit akan menerima sekurang-kurangnya RM4,000 kerana secara purata mereka memiliki kira-kira empat hektar tanaman sawit.

"Apabila sampai tempoh perlu ditanam semula sawit, kita akan berikan insentif ini dengan syarat mereka melakukan proses tanaman semula dengan mengikut panduan yang ditetapkan kerajaan," katanya. Hamzah berkata, kerajaan dianggar membayar RM1.798 juta di bawah insentif itu. "Peneroka akan menerima wang mereka pada minggu depan.

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:31
 
Astaghfirullah, Astaghfirullah.. PDF Print E-mail
Written by ZZ   
Wednesday, 02 March 2011 14:07

2 Mac 2011, Merlimau

Pak Yeop, Geng Teh Tarik  melaporkan secara sulit Al Kisah, Bapa saudara tiri YUHAIZAD (calon PAS MERLIMAU), Ahmad Ismail meminta agar YUHAIZAD tarik diri drp PRK Merlimau dlm tempoh 24 jam kerana YUHAIZAD telah menipunya dlm satu perniagaan yg dikongsi bersama dlm Syarikat AULA SAWIT.

Astagfirullah...!


Semua dokumen dan resit berkaitan penipuan ada dgn Ust Mazlan Pas Melaka.
'Penipuan' tersebut adalah dlm anggaran RM100K.
Astaghfirullah,Astaghfirullah, Astaghfirullah..
Dia dakwa YUHAIZAD adalah seorang yg tidak bertanggungjawab.
Macam Mana Nak Jadi Pemimpin??

ZZ

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:32
 
ANWAR di Merlimau malam ini PDF Print E-mail
Written by PRK prgm manager   
Tuesday, 01 March 2011 16:20


Program Kempen Dato’ Seri Anwar Ibrahim di DUN Merlimau, Melaka 1 Mac 2011 (Selasa)

8.00 – 9.00 mlm – Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina

Lokasi – Hadapan Bilik Gerakan Utama KeADILan,
Taman Air Selatan, Air Merbau, Jasin


9.00 – 12.00 mlm – Ceramah 1

Lokasi – Markaz PAS, Batu 20 ¾ , Kampong Chinchin, Jasin


9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi – Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat
Jalan Pahlawan, Permatang Serai, Merlimau

 

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:24
 
«StartPrev12345NextEnd»

Page 3 of 5
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline