Home Pilihanraya Umum Ke 13 PRU13: Mungkinkah SPR lanjut masa mengundi?
PRU13: Mungkinkah SPR lanjut masa mengundi? PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by admin   
Monday, 18 February 2013 02:00

 

AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang semalam bahawa tempoh pengundian boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa diberi notis, lapor blogger Sisi Bukit.

“Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam, jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta pengundi yang mengundi PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi....

Beliau yang juga seorang peguam menjelaskan celup jari menggunakan dakwat bukannya ada dalam perlembagaan tetapi ia cuma peraturan sahaja.

Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 yang mencipta isu atas faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan menggunakan dakwat kekal. - HARAKAHONLINE

 

MALAYSIA NEWS PILIHANRAYA UMUM 13 SPR

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline