Home Berita Terkini Kubu Umno pecah, PAS buka 2 cawangan baru di Johor
Kubu Umno pecah, PAS buka 2 cawangan baru di Johor PDF Print E-mail
Written by admin   
Sunday, 17 February 2013 12:13

 

Malam tadi, dua cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kampung Parit Gantung dan Batu 22 Jalan Muar. Menurut blogger Mutaligat, hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas-bekas pemimpin dan penyokong kuat Umno.

 

Meskipun Umno cuba manipulasi isu kalimah Allah dengan mengadakan solat hajat selepas Jumaat di seluruh masjid di negeri Johor dan menakutkan orang Melayu dengan DAP,  ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS. Parit Gantung dan Batu 22 terletak dalam Parlimen Parit Sulong. Pemimpin BN khususnya Umno elit, jarang turun padang....

 

Mereka tidak bersama dengan denyut nadi rakyat. Isu kos sara hidup, pengambilan tanah Pengerang, kehilangan tanah Melayu di Iskandar Malaysia, projek pelupusan sampah, perumahan generasi 2 dan 3 peneroka adalah antara deretan isu yang gagal ditangani kerajaan BN Johor. Insya Allah, lebih ramai pemimpin dan ahli Umno akan bersama Pakatan Rakyat. Umno bakal berkubur di Johor! - HARAKAHONLINE

 

MALAYSIA NEWS JOHOR KUBU KUAT PAS PILIHANRAYA UMUM 13

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline