Home Berita Terkini Pas perjuang negara Islam bukan dibimbangi DAP
Pas perjuang negara Islam bukan dibimbangi DAP PDF Print E-mail
Written by admin   
Friday, 17 August 2012 11:45

 

KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Pas memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu akan terus memperjuangkan kempen penubuhan negara kebajikan yang dibayangi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya negara Islam yang dibimbangi DAP.

Namun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menegaskan, kempen untuk menegakkan negara berkebajikan yang dibayangi Islam itu adalah hak Pas dan DAP tidak sepatutnya campur tangan dalam perkara itu.

Malah, jelas beliau, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menentang negara Islam kerana perjuangan Pas adalah menubuhkan negara berkebajikan berasaskan Islam, bukannya negara Islam.

Beliau sebaliknya menempelak UMNO kerana kenyataan daripada pemimpin DAP itu kelihatan senada dengan perjuangan parti pemerintah itu yang didakwa menolak penubuhan negara Islam... - UTUSANONLINE

 

MALAYSIA NEWS PAS DAP ISLAM

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline