Home Berita Terkini Anwar elak jawab Ummi
Anwar elak jawab Ummi PDF Print E-mail
Written by admin   
Sunday, 24 June 2012 16:00

 

IPOH 23 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak untuk menjawab dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? Tiada standard".

Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.

"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini hari ini... - UTUSANONLINE

 

MALAYSIA NEWS ANWAR IBRAHIM UMMI HAFILDA

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline