Home Berita Terkini Faekah mengaku hantar surat
Faekah mengaku hantar surat PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 23 June 2012 14:00

 

SHAH ALAM 22 Jun - Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin mengaku menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Bagaimanapun beliau mendakwa, surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.

“Kesemua surat permohonan daripada firma guaman itu dihantar kepada pejabat Menteri Besar dan saya telah hantar surat kepada PNSB untuk memanjangkan permohonan tersebut termasuklah surat daripada firma guaman anak saudara saya.

“Itu adalah amalan biasa apabila ada syarikat yang menghantar permohonan kepada Menteri Besar untuk mendapat peluang perniagaan di syarikat milik kerajaan negeri dan kita panjangkan kepada syarikat tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini... - UTUSANONLINE

 

MALAYSIA NEWS FAEKAH SURAT PKR SELANGOR

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline