|
sambungan dari:
Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4 Bahagian 5 Bahagian 6 Bahagian 7

sedutan diari lalu...
Kami telah pulang ke kediaman sementara kami hampir jam 12 tengah malam. Esok, kami akan meninggalkan bumi Pahang untuk ke destinasi yang seterusnya, Terengganu Darul Iman. Namun, sebelum ke Terengganu jemaah Kembara Aman Kampus akan singgah ke tapak kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) atau Lynas yang bertempat di Gebeng, tidak jauh dari kediaman kami.

Apakah sebenarnya kontroversi yang menyelubungi Lynas dan benarkah mahasiswa menolak Lynas?
****
Rutin harian kami berlangsung seperti biasa iaitu solat subuh dan kemudiannya berkemas. Setelah menyerahkan semula kunci rumah penginapan kami kepada pihak pengurusan, kami pun bergerak untuk mencari tempat bersarapan.
Pahang akan kami tinggalkan setelah berada di negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini selama 2 hari 2 malam. Namun, sebelum meninggalkan Pahang, kami akan singgah ke satu kawasan yang penuh kontroversi iaitu tapak pembinaan kilang Lynas Advance Material Plant atau nama glamour nya LYNAS.
Sudah sekian lama kami mendengar tentang isu Lynas. Bagaimana sekumpulan pencinta alam kononnya berkempen bagi menghalang kewujudan kilang yang mengeluarkan ‘nadir bumi’ ini. Secara am, apa juga benda yang boleh menghasilkan radioaktif pasti akan menimbulkan ketakutan kepada kami, apatah lagi seluruh rakyat Malaysia.
Dari kempen yang dibawa oleh kumpulan anti-Lynas ini, ‘nadir bumi’ punyai potensi mengakibatkan jangkitan berbagai penyakit. Yang lebih teruk, kesan radiasinya boleh menyebabkan mutasi kepada manusia dalam jangka waktu yang panjang. Dalam satu klip video yang mengetengahkan seorang ahli parlimen tempatan (tersebar dalam laman sosial youtube), digambarkan secara sinikal kepala kambing, lobak, brokoli, ikan, ayam dan berbagai lagi bertukar sifat semula jadinya dan ia kononnya bakal berlaku bila sahaja kilang Lynas beroperasi dan pencemaran terjadi.
Tidak lama dahulu berakibat dari satu gempa bumi dasar laut mencetuskan satu tsunami yang dahsyat dan melanda negara Jepun. Jepun ranap dan hampir lumpuh. Turut terkesan dari tsunami itu adalah loji-loji atau reaktor nuklear yang diguna pakai oleh Jepun bagi menghasilkan tenaga. Loji serta reaktor nuklear tersebut mengalami kebocoran dan kawasan dalam radius 100 km diisytiharkan zon tercemar dan tidak selamat.
Maka di Malaysia, dimomok-momokkan bahawa Lynas punyai potensi yang sama seperti di Jepun jika berlakunya kebocoran. Benarkah Lynas akan menghasilkan pencemaran yang punyai kesan radioaktif seperti di Jepun? Adakah sama kesan radioaktif nuklear dan kesan radioaktif yang dikeluarkan oleh ‘nadir bumi’?
Kesempatan berada di Gebeng dimanfaatkan oleh jemaah Kembara Aman Kampus ini untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Tiada penjelasan saintifik yang memuaskan diperolehi dari kumpulan anti-Lynas kecuali kecaman demi kecaman. Justeru, memperolehi sendiri maklumat dari ‘tuan punya diri’ adalah lebih ‘afdal’ dalam tanggapan saudara Shahar, ketua jemaah kami.

Kami tiba di tapak pembinaan kilang Lynas hampir jam 10 pagi. Seterusnya kami di bawa terus ke Akademi Menara Gading Balok bagi satu briefing dan soal jawab tentang segala perkara mengenai Lynas dan bahan ‘nadir bumi’.
Mengambil tempat bagi sesi penerangan, Q & A dan sebagainya adalah 3 tenaga tempatan iaitu Tuan Syed Lokman Fitri b. Syed Ali yang merupakan area superetendant, Tuan Razmin b. Ramli juga merupakan area superentendant dan akhir sekali ialah Tuan Shamuddin b. Musa yang merupakan senior manager supply chain.


Begitu lama masa yang diambil bagi sesi penerangan dan Q & A kerana kesempatan ini telah diambil sepenuhnya oleh peserta Kembara Aman Kampus untuk bertanyakan soalan-soalan yang selama ini menjadi kebimbangan rakyat Malaysia terutamanya warga Pahang berkaitan pembinaan kilang Lynas yang bakal menjadi tempat mengekstrak serta memproses bahan ‘nadir bumi’.
Ia merangkumi soalan berkaitan keselamatan serta tahap pencemaran yang bakal terhasil dari kewujudan kilang tersebut.

Namun, segala mitos yang ditusuk ke minda rakyat Malaysia oleh segelintir pihak tertentu terutamanya yang berlindung di sebalik nama aktivis alam sekitar rupa-rupanya adalah jauh meleset sama sekali setelah penerangan diberikan.
Ini kerana bagi membina kilang sedemikian, ianya tidak boleh sewenang-wenang dibina oleh mana-mana negara melainkan terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria serta dimaklumkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dunia yang mengawal boleh dikatakan semua aspek keselamatan termasuk alam sekitar.
Pada 13 Mei 2011 IAEA telah bersetuju atas permintaan kerajaan Malaysia menjadi ahli panel pakar dalam mengkaji pematuhan Lynas mengikut standard keselamatan dan amalan baik antarabangsa selain memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan khususnya berkaitan dengan keselamatan radiasi.

Skop kajian IAEA mencakupi tentang isu perlindungan radiasi tidak kira pekerja, orang awam mahu pun alam sekitar. Mereka turut membuat penilaian tahap keselamatan termasuk soal pengurusan sisa, soal pengangkutan bahan hinggalah tahap penamatan operasi bila dikehendaki. Yang paling utama, agensi ini turut memberikan professional evaluation serta cadangan berkaitan pemuliharaan alam sekitar berakibatkan operasi kilang pemprosesan bahan ‘nadir bumi’ ini.
Panel pakar IAEA ini telah datang ke Malaysia pada 29 Mei hingga 3 Jun 2011 bagi mengakses serta membuat penilaian secara kediri dan mereka terdiri dari Mr. Tero Varjoranta (Tema Leader, Division of Nuclear Fuel Cycle & Waste Technology), Axel Magnus Vesterlind (Deputy Team Leader, Waste & Environment Safety Section/ Division of Radiation , Transport & Waste Safety), Hosrt Monken Fernandes (Waste Technology Section/ Division of Nuclear Fuel Cycle & Waste Technology), Ms. Hanna M.Kajander (Division of Nuclear Fuel Cycle & waste Technology), Hiroko Ratcliffe (Division of Nuclear Fuel Cycle & Waste Technology), Mr. Leo M. Lowe (SENES Consultants Ltd, Canada), Ulric Schwela (Tantalum-Niobium International Study Centre, United Kingdom), P.M.B. Pillai (Bhabha Atomic Research Centre, India), Jan Van Der Steen (Private Consultant, Netherlands) dan Dennis Wymer (Tantalum-Niobium International Study Centre, South Africa).
Panel ini bukan sahaja menilai projek bahkan menerima semua pandangan dan kebimbangan orang-ramai terutamanya penduduk tempatan dalam kajian mereka.

Antara yang dipanggil serta memberikan maklum-balas adalah seperti yang berikut: -
Abdul Aziz Yahya (Dept. of Occupational Safety & Health (DOSH) Abdul Mukhtar b. Engah (Resident Associations) Abudullah Johari b. Hamzah (Bar Council Pahang) Encik Ahmad (People’s Green Coalition) Ahmad Zubir b. Omar (State Assemblymen of Semantan) Alex Chow (Malaysian Chinese Association/ MCA/ political party) Andansura b. Rabu (State Assemblymen of Beserah) Arazmi b. Johari (LYNAS, Malaysia) Ariffin b. Ahmad (Independent Geologists) Aw Dai Kooi (Independent Resident) Azrul Khairi (State Youth Council) Bahazelan b. Abd Wahab (United Malay National Organization (UMNO) Kuantan & Indera Mahkota Div) Chan Woon Zet (Residents of Pahang) Cheah Kim Hung (Democratic Action Party/ DAP/ political party) Chin Pek Hing (Residents of Kuantan) Chong Hong Seng (State Assemblymen of Teruntum) Gan Mui Hwei (Ministry of International Trade & Industry/ MITI) Suhana bt. Jalil (Atomic Energy Licensing Board/ AELB/ MOSTI) Dato’ Azman b. Mahmud (Malaysian Industrial Development Authority/ MIDA) Dato’ Dr Sharifah Zarah (Ministry of Science Technologi & Innovation/ MOSTI) Dato’ Hajah Rosnani Ibrahim (Dept. of Environment/ DOE) Dato’ Hajah Mahadiah Mohamad (UPEN) Dato’ Haji Lias Mohd Noor (Pahang State Development Corp/ PKNP) Dato’ Haji Zulkefli Hassan (Dept. of Irrigation & Drainage Pahang) Dato’ Haji Zulkkifli Haji Yaacob (Kuantan Municipal Council) Dato’ Ir Johari Asri (Dept. of Occupational Safety & Health/ DOSH) Dato’ Madinah Mohamad (Ministry of Science, Technology & Innovation/ MOSTI) Dato’ Mohammad Rumai Puteh Abdullah (Tenaga Nasional Berhad Pahang/ TNB) Dato’ Rohimi Che’ Wan (Minerals & Geoscience Dept Pahang) Datuk Dr Hassan Abd Rahman (Dept of Helath/ DOH) Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria (MITI) Datuk Jalilah Baba (MIDA) Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim (DOE) Dr Ailin Razali (Malaysian Medical Association/MMA Pahang) Dr Carmen Chew (MMA Pahang) Dr Chan Chee Khoon (The Concern Citizens of Kuantan) Dr Chong Jen Lim (MMA Pahang) Dr Jayabalan (Consumers’ Association of Penang) Dr Muhamad Lebai Jun (Nuklear Malaysia/ MOSTI) Dr Muhamat Omar (Nuklear Malaysia/ MOSTI) Faridah bt. Azir (Resident Associations) Foon Weng Lian (Federation of Consumers’ Associations/ FOMCA) Hamrah b. Mohd Ali (AELB/ MOSTI) Heong Fook Seng (DAP Kuantan/ political party) Hing Hung Yeong (MITI) Hon Kai Ping (Bar Council Pahang) Ismail Sulaiman (Nuklear Malaysia/ MOSTI) Khairul Salleh b. Jais (LYNAS, Malaysia) Khoo Khiam Ping (MCA/ political party) Lai Ming Sing (Federation of Tionghua Associations Kuantan) Lee Boon Tai (Federation of Tionghua Associations Kuantan) Lee Sze Wei (State Assemblymen of Teruntum) Lim Chong Kiow (State Assemblymen of Beserah) Lim Siong Kun (Residence of Kuantan) Mageswari Sangaralingam (CAP) Mahmud Yaakub (State Assemblymen of Beserah) Mastura Ahmad Mustafa (MITI) Mazlina bt Mohd Lazim (UMNO/ political party) Md Jamil Fauzi (State Youth Council) Md Jushoh b. Darus (State Assemblymen of Semantan) Micheal John Vaisey (LYNAS, Vice President) Mohammad Izuddin Idris (MITI) Mohd Arif b. Babu Salam (UMNO/ political party) Mohd Helmi b. Ibrahim (Resident Associations) Mohd Ibrahim Hashim (PKNP) Mohd Sharir b. Abdullah (UMNO/ political party) Mohd Zulkifli (DAP/ political party) Mohideen Abdul Karim (CAP) Monalija Kostor (AELB/ MOSTI) Nazuha Mohd Jai (AELB/ MOSTI) Noor Jehan Bakar (Bar Council Pahang) Nordin b. Hussain (Resident Associations) Norman Mansor (UMNO/ political party) Patrick Khoo (MCA/ political party) Halimah Hassan (DOE) Wan Zaharah Wan Mohamad (MOSTI) Roshidah Mazlan (MIDA Pahang) Salina Arshad (Resident Associations) Siew Fook Chan (The Concern Citizen of Kuantan) Sim Chon Siang (The Concern Citizen of Kuantan) Siti Afidah Awang (AELB/ MOSTI) Supt. Haji Borhan Daud (Polis Di Raja Malaysia/ PDRM) Syed Azimal (UMNO/ political party) Syed Mohamad Syed Nazir (MITI) T. Zulkifly Ahmad (UMNO/ political party) Tan Ka Kheng (People’s Green Coalition) Tee Kai Ming (LYNAS, Malaysia) Vijji Samuel (ENVIRON Consulting Services) Wan Emril Nizam (State Youth Council) Wee Hoe Cheong (Residence of Kuantan) Wee Tiat Eng (LYNAS, Malaysia) YB Choong Siew Onn (DAP/ political party) YB Dato’ Phang Tsu Ming (ADUN Teruntum) Dato’ Abd Wahab Mat Yasin (Malaysia Fire & Rescue Dept) Dato’ Mas’ut Awang Samah (Federation of Malaysian Manufacturers/ FMM/ East Branch) Dato’ Ti Lian Ker (MCA/ political party) YB Fuziah Salleh (Members of Parliament Kuantan) YB Syed hamid Syed Mohamad (ADUN Semantan) YB Syed Mohammed Tuan Lonnik (ADUN Beserah) Dato’ Chow Liong (Federation of Tionghua Associations Kuantan) YM Dato’ Raja Abd Aziz (AELB/ MOSTI) Zai Akmal Arawi (MITI Pahang)
Setelah mengambil kira semua pandangan dan maklumat, akhirnya panel pakar IAEA telah mengeluarkan laporan penuh pada 30 jun 2011 menyokong bagi membenarkan kerajaan Malaysia memberikan keizinan kepada Lynas untuk mendirikan premis bagi tujuan mengekstrak dan memproses ‘nadir bumi’ dengan beberapa syarat tambahan seperti mematuhi standard keselamatan antarabangsa, mengemukakan plan pengurusan sisa untuk kelulusan.
AELB pula telah mengeluarkan lesen sementara (TOL) bagi mendirikan premis tetapi tidak kepada pemindahan bahan mentah nadir bumi atau sebarang operasi sehingga premis berdiri dan untuk penilaian yang selanjutnya, kemudian nanti.
Mungkin pembaca setia KritisOnline tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dinamakan nadir bumi itu. Demikian itu, Q & A yang berlangsung telah menyenaraikan jawapan-jawapan seperti yang berikut: -
1) Apakah itu nadir Bumi?
Jawapannya : Nadir Bumi boleh didapati diseluruh dunia tetapi nadir bumi sangat sukar untuk didapati dalam kuantiti yang banyak dan mudah diakses. Nadir bumi biasanya sukat diekstrak dan sesebuah projek boleh mengambil masa bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk dimajukan. Nadir bumi penting untuk teknologi hijau yang efesyen seperti kenderaan hidbrid, penjanaan kuasa angin, pencahayaan menggunakan tenaga yang rendah dan paparan skrin rata yang efisen.
2) Apakah standard yang digunakan oleh Lynas?
Jawapannya : Lynas menggunakan standard antarabangsa, dan kami telah mengesahkan dan menggunapakai sepenuhnya standard ini sejak dari mula lagi. Lynas memenuhi peraturan-peraturan kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang antara terketat di dunia.
3) Mengapa membina sebuah loji pemprosesan di Malaysia dan tidak di Australia?
Jawapannya : Linas telah membuka perniagaa di Malaysia atas sebab-sebab ekonomi. Gebeng mempunyai sebuah tanaman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan perlaburan yang baik, bahan kimia bergred tinggi, bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik. Linas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah logi pemprosesan di Australia, tetapi telah memilih Malaysia kerana ia memudahkan kami berhubung dengan pelanggan-pelanggan global kami.
4) Adakah pekatan nadir bumi Lynas radioaktif?
Jawapannya : Elemen-elemen nadir bumi secara sendirinya tiada radioaktif. Pekatan mineral tersebut mengandungi bahan radioaktif semualajadi pada aras yang rendah. Pekatan mineral mengandungi bahan radioaktif semula jadi kerap diangkut ke merata dunia untuk diproses. Oleh kerana pekatan mineral yang digunakan oleh LAMP mempunyai tahap radiasi yang rendah, ia diklasifikasikan sebagai selamat, tiada toksik serta tidak berbahaya oleh semua standard antarabangsa.
5) Bagaimanapula dengan sisanya?
Jawapannya : Salah satu daripada sisa LAMP mengandungi asas torium yang sangat rendah. Lynas tidak mengekstrak atau memekatkan Torium tersebut, maka tahap radiasi yang rendah masih berkekalan – dari bahan mentah sehinggalah ke proses pengankutan, pemprosesan dan sisa.
6) Adakah Lynas sama seperti logi nadir bumi di Bukit Merah?
Jawapannya : Lynas adalah berbeza sama sekali daripada logi nadir bumi di Bukit Merah. Logi di Bukit Merah memproses Monazit daripada sisa lombong timah yang sangat berbeza daripada nadir bumi yang kami proses. Buat masa ini terdapat standard yang lebih ketat dikuatkuasakan dan ini tiak memungkinkan kes Bukit Merah berulang.
7) Bagaimana pula dengan radiasinya?
Jawapannya : walaupun radiasi aras rendah adalah sebahagian daripada kehidupan kita, namun kami memahami kebimbangan saudara dan mempunyai proses yang ketat untuk mengehadkan sebarang dedahan. Untuk pengetahuan anda, kehidupan seharian kita juga terdedah daripada radiasi aras rendah yang berpunca daripada cahaya matahari dan peralatan seperti televisyen , radio, telefon mudah alih , computer dan cahaya mentol, dan daripada prosedur-prosedur perubatan yang asas. Pendedahan kepada nadir bumi kami tidak memberi risiko yang melebihi daripada apa yang diterima seharian.

Begitulah sedikit sebanyak pemahaman yang diberikan kepada kami seluruh peserta Kembara Aman Kampus. Kami kemudiannya di bawa melawat tapak pembinaan kilang LAMP (Lynas Advance Material Plant). Ia adalah projek yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Australia UGL dengan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh mereka namun ia juga merupakan satu pelaburan asing yang menguntungkan negara kita.

Saya kira, semua pihak terutamanya segelintir mahasiswa seperti satu kumpulan baru-baru ini yang ada menyatakan bahawa akan memperjuangkan isu anti-Lynas at all cost supaya menimbangkan apa yang mereka katakan. Kami tidak mahu segelintir mahasiswa hanya terpengaruh dengan sifat politik dari menerima fakta yang jelas. Mempolitikkan isu ini akan merugikan bukan sahaja ekonomi negara bahkan keamanan yang cuba jemaah kami bawa dalam jelajah ini.
Namun, secara peribadi, saya turut terfikir bahawa Lynas dan kerajaan Malaysia wajar memikirkan sesuatu dengan kaedah pelupusan bahan terakhir agar ianya tidak akan menjadi seperti ARE milik sebuah syarikat Jepun, Mitsubishi di Bukit Merah. Mungkin masih ada kesempatan pihak kerajaan memikirkan untuk membuang sisa-sisa radioaktif di luar Malaysia.
Apa pun, saya turut secara peribadi menyokong Lynas dan bukan anti kepadanya. Saya yakin, dengan penerangan yang diberikan seluruh jemaah turut bersama melaungkan menyokong penuh pembinaan kilang Lynas atau LAMP ini di Malaysia.
TV3 turut hadir membuat rakaman jemaah kami serta sempat bertanyakan saudara Shahar berkenaan Lynas dari kaca mata anak muda dan mahasiswa. Jawapannya mudah, TIDAK SEMUA MAHASISWA ANTI-LYNAS dan dalam konteks ini menyokong Lynas.


Setelah itu, jemaah Kembara Aman Kampus pun meninggalkan tapak pembinaan kilang Lynas dan meneruskan kembaranya ke destinasi yang seterusnya Felda Pancing sebelum ke Terengganu dan Kelantan.
Malangnya, saya terpaksa pulang ke ibukota negara, Kuala Lumpur kerana perlu menghadirkan diri dalam suatu mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan.
Namun, saya telah memberi jaminan akan kembali rejoin kembara ini pada destinasi utara tanahair termasuklah Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sebelum kembali ke Selangor Darul Ehsan.
Maka, saya noktahkan tinta diari #AmanKampus chapter pertama saya di sini. Insyaallah akan di sambung dalam chapter kedua tidak lama lagi.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.... salam 1 Malaysia!
|