|
Written by anonymous
|
|
Thursday, 23 February 2012 08:54 |
|

Aku ada baca artikel si pendek DeVito baru kejap tadi. Aku tak puas hati betui dengan tulisan si pendek ni. Mai sini sat aku nak bagi tau.... Bunuh karektor bukan setakat menulis lah badigol. Bunuh karektor lebih dari tu pun ada. Dalam politik macam-macam ada. Dulu kes team A lawan team B pun macam ni gak. Sape pilih team dia selamat ikut team. Sape nak play safe tadak tempat laa jawabnya.
Pak lah kaki tidoq dulu kena pukui dengan Chedet sebab pilih team Ku Li. Tapi last sekali balik ke Chedet. Itu biasaaaak!
Sebenaqnya biar aku nak habaq kat hang sikit pendek. Orang politik paling senang macam lalang boleh tukar team. Tak kira lah team A atau team B. Team Najib atau team Muhyiddin.... haaa, yang ni aku nak bagi contoh ajeee... jangan ingat aku pi tuduh pulak. Katakanlah ada team Najib dengan team Muhyiddin. Sapa nak rapat dengan Najib senang aja... pi tuduh orang tu team Muhyiddin. Gerenti kena reject dengan Najib. Benda sama kalau nak rapat dengan Muhyiddin... pi tuduh aje dia barua Najib. Gerenti kena reject dari Muhyiddin.
Tapi macam yang aku habaq kat hang wahai si pendek... orang politik senang. Dulu boleh lawan esok lusa jadi kawan.
Yang payah politik pejabat! Orang gomen hang ingat tadak politik dalaman ke? Bodoh piang la kalau hang pikiaq macam tu pendek. Nak bunuh karektor orang gomen lagi mudah. Hang pi tanya mana-mana jabatan. Kalau tadak politik pejabat aku nazar belanja orang masjid seminggu straight.
Yang paling mudah nak jatuhkan orang gomen hang tuduh aje dia pengikut pembangkang. Gerenti dapat surat pindah ceruk mana pun aku tak tau haihh. Hang bagitau aje si polan si polan ni penyokong tegar Nik Aziz... zuuuuuussss, tadak angin tadak apa orang tu kena hantaq jejauh dari masyarakat. Kes nayaaa!
Tapi kalau hang tuduh orang gomen tu sokong Nik Aziz susah sikit nak buktikan. Paling mudah hang "cop" aje dahi orang tu penyokong Anwar... paling effective aku habaq kat hang nih. Nak buktikan bukan susah sebab Anwar pun dulu menteri kerajaan. Timbalan Perdana Menteri lagi. Berapa ramai orang gomen duk bawah telunjuk pejabat Anwar dulu-dulu? Tapi tu duluuuu... orang politik boleh swing balik takkan depa nak hukum orang gomen lain pulak? Akai ada ka?
Tapi aku kesian kat orang gomen ni. Depa tak macam orang politik... orang politik boleh cium tangan kipaih punggoq tunjuk taat-setia teruih terima balik. Tapi orang kerajaan atau gomen ni payah la wehh. sekali kena cop kat dahi habeh laaa aku habaq hang. Bukan sekali dua game ni depa pi main sebab dok nak cantaih menyantaih kejar jawatan kejar pangkat. Duk jabatan peruntukan banyak aku habaq hang. Silap haribulan yang hang tulih pasal penulis pembunuh karektor pun ikut sama join main game haprak ni.
Yang ni pun kira bunuh karektor jugak hape. Hang akai ada ke dak pendek?
Tulih kasi penuh sikit okeh pendek! Chiowwzz... .
p/s: tuan admin tolong kasi up cepat sikit email aku nih boleh? tapi tolong sorokkan address email aku okeh! tengkiu.
***
KritisOnline - Demi memenuhi permintaan pembaca dan pengirim email, kami siarkan tanpa suntingan sebagaimana yang dikehendaki. Terima kasih atas kiriman.
|