|
 Politik itu suatu yang unik dan universal. Dalam konteks yang luas, seringkali ia dikaitkan dengan pertarungan bagi mendapatkan kuasa memerintah atau mentadbir negara.
Sejarah telah membuktikan dalam peradaban dan tamadun dunia, politik dalam skop yang luas turut boleh melibatkan pengembangan kepercayaan mahu pun agama. Peperangan turut dicatatkan dalam sejarah seringkali berlaku kerana ‘politik’.
Dalam konteks yang lebih kecil, politik harian mengambil tempat dalam kehidupan kita. Ada politik perniagaan, ada politik pejabat. Ada juga politik keluarga dan jangan terkejut jika di surau mahupun masjid turut berlakunya politik. Mungkin disebabkan inilah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Haji Nik Aziz Nik Mat mengatakan bahawa politik adalah sebahagian dari Islam dan ia dipanggil sebagai siyassah syar’iyah diambil dari kata akar sasa yasusu justeru membentuk sasaa al amra dan dabbaarahu yakni ‘menguruskan’ atau ‘mengatur sesuatu perkara’ dalam kehidupan harian masyarakat demi maslahah mereka (ummah).
Kembali kepada politik, apa pun ia tidak kira diambil dari skop yang luas mahu pun kecil, elemen politik seringkali dikaitkan dengan common-end-objective iaitu ‘kuasa dan jawatan’ serta ‘wang dan harta’.
Dari sinilah bermula titik tolaknya apa yang disebut sebagai ‘ber-politicking’.
Sudah saya nyatakan bahawa peperangan boleh berlaku kerana politik. Sebaliknya, ber-politicking seringkali berakhir dengan peperangan.
Peperangan menggunakan berbagai kaedah dari senjata yang boleh membunuh nyawa hinggalah senjata yang boleh membunuh karektor subjek yang disasarkan.
Menggunakan senjata api bisa sahaja mencabut nyawa seseorang. Menulis juga mampu membunuh personaliti seseorang. Antara keduanya, tiada perbezaan kecuali melibatkan jasad (dalam kes pertama) dan reputasi (dalam kes kedua).
Mungkin hari ini lebih mudah melakukan pembunuhan karektor demi meraih common-end-objective melainkan kita berada di sebahagian negara benua Afrika yang masih mengamalkan sistem undang-undang rimba atau negara yang hancur sistem pentadbiran dan penguatkuasaannya seperti Syria dan Libya sebaliknya kaedah pembunuhan karektor lebih popular di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom... .
Zaman begitu cepat berlalu dan Malaysia menuju ke arah negara maju. Tiada lagi kaedah pembunuhan melibatkan nyawa seperti yang berlaku ke atas John F. Kennedy tetapi akan ramai lagi yang dibunuh karektornya seperti Richard Nixon dan William J. Clinton atau nama glamour nya, Bill Clinton... .
Malaysia mungkin perlukan agensi yang berkuasa seperti Central Intelligence Agency (C.I.A) bagi mewujudkan pembunuh-pembunuh karektor atau sebenarnya Malaysia telah pun mewujudkan agensi berkuasa dan berpengaruh seperti C.I.A tanpa kita sedar?
Mengamati senario yang berlaku hari ini, kebarangkalian kedua mungkin berlaku. Jika wujud pembunuh-pembunuh karektor, atas arahan siapakah mereka mensasarkan subjek dan untuk kepentingan apakah ia? menjadi satu lagi subjek yang harus diperhalusi...
Ataukah kerana common-end-objective terutama yang berkaitan dengan ‘wang dan harta’ pembunuh-pembunuh yang dicipta ini mula ‘naik tocang’ dan kebetulan pemberi arahan turut mempunyai kepentingan yang melibatkan common-end-objective yang pertama iaitu ‘kuasa dan pangkat’ ?
Bagaimana pula dengan pengetahuan dan pandangan Perdana Menteri? Adakah Perdana Menteri turut terlibat?
Ayuh kita perhatikan!

email dikirim oleh:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|