Penulis Aspan Alias mengucapkan selamat hari jadi yang ke-89 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan berharap semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa berkuasa dahulu.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya," tulis beliau di alam blognya ekoran keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di dalam pembangunan Johor Baharu yang akan merupakan pembangunan fisikal yang begitu drastik seperti yang dirancang.

Berhubung pembangunan di Johor Baharu itu, beliau menyatakan kalau kata-kata semangat ‘Melayu tidak akan hilang di dunia’ itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana ‘Melayu akan hilang dunianya’.

Read more: Mahathir, saksikan kerja kamu semasa berkuasa dahulu. Sudah lupa ka ?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli Umno supaya sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan atau pendapat kerana pandangan mereka itu boleh memberi kesan terhadap pandangan pihak luar kepada parti itu.

Sesuatu kenyataan atau pandangan yang dibuat oleh ahli Umno tidak sepatutnya menyentuh perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti, kata Najib yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini hari ini.

Beliau berkata ini adalah kerana kenyataan yang mereka keluarkan itu sedikit sebanyak mencerminkan kepada orang luar mengenai Umno, Majlis Tertinggi Umno dan kedudukan seseorang pemimpin parti itu.

Read more: Najib: Pemimpin UMNU seperti Bung Mokhtar perlu berhati-hati keluar pendapat

The hunt for Malaysia Airlines Flight 370 will be bolstered, as Malaysia’s government announced it would send more ships to try and locate the missing jet.

Malaysia’s defense minister, Hishammuddin Hussein, said this week that its navy will send one of its ships equipped with deep-sea survey equipment. Two commercial ships with sonar-equipped submarines will also be deployed, he said, according to the New York Times.

Another ship belonging to Malaysia will stay put in the southern Indian Ocean. “The search will not stop until we find it,” Hishammuddin was quoted as saying by the Times.

Read more: Missing MH370 Plane Found Soon ? Don't be too sure.

Kekuatan seseorang pemimpin itu hanya diakui kehebatannya  sekiranya mampu berhadapan dan bertahan dengan ujian termasuk tidak tunduk terhadap tekanan kuasa asing dalam perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, jika seseorang pemimpin itu tewas menangkis serangan sama ada dari dalaman mahupun luaran dia tidak boleh dikatakan pemimpin yang kuat.

"Saya setuju perlu kepada kepimpinan yang kuat, ia baik, dengan itu kita dapat tangkis serangan.

Read more: Pemimpin kuat jika tidak tunduk tekanan asing - Tun Dr Mahathir

KEMELUT pertukaran Menteri Besar (MB) di Selangor semakin rumit dan menimbulkan krisis besar politik dalam negeri ini.

Berbagai desakan dan pihak terutamanya dalam kalangan ahli PR mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berikutan kepimpinannya semakin dipersoalkan dalam rakan partinya sendiri.

Namun begitu, desakan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana masih banyak faktor perlu diambil kira sebelum mendesaknya meletak jawatan. Salah satu proses tersebut adalah menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang memungkinkan beliau meletak jawatan atau mengheret pihak istana dalam kemelut ini.

Read more: DUN penentu nasib Abdul Khalid