Sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang terus membisu berhubung kontroversi siri pendakwaan Akta Hasutan serta terlepasnya Datuk Ibrahim Ali daripada sebarang tindakan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan di Malaysia.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kegagalan Gani memberi jawapan memuaskan bahawa tidak wujud salah guna kuasa dan pendakwaan terpilih berkaitan dua isu tersebut membangkitkan persoalan serius.

“Adakah beliau komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan menjadi penjaga kepentingan awam?” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral di laman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.

Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.

Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap optimis dengan keputusan mahkamah terhadap kes liwatnya yang ditetapkan 28 Oktober ini.

“Saya mengikut proses undang-undang dan fakta, tidak ada sebab kenapa saya harus bimbang dengan keputusan mahkamah. Kalau pertimbangan luar dari undang-undang, itu saya tidak tahu.

“Jadi sekarang, saya ambil sikap optimis berdasarkan fakta dan undang-undang. Tidak ada seorang pakar undang-undang dalam negara atau luar boleh pertikai keputusan untuk membebaskan saya,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran PKR Batu Uban, di sini, hari ini.

Malaysia is confident that its former second warrant officer in Wellington, Muhammad Rizalman Ismail (pic), will be accorded a fair trial in New Zealand.

Rizalman, who is accused of burglary and assault with intent to rape Tania Billingsley at her home on May 9, will be leaving here tonight to face the charges in Wellington.

Two New Zealand policemen and two Malaysian armed forces personnel would accompany him, according to the Foreign Ministry.

The ongoing saga between staff at Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) in Kepala Batas, Penang, and its employees over alleged unpaid salaries is taking a toll on its students.

Deputy Education Minister P. Kamalanathan said that what started as a purely human resource issue was now affecting the students as well.

He said he had received numerous complaints and letters from the students regarding promised facilities, such as WiFi access, being removed and classes cancelled as the foreign lecturers have gone home.